Thursday, 22 January 2009

Surat Tawaran

Aku sujud syukur waktu menerima surat dari Tabung Haji bertarikh 25hb Mei, 2007 bertajuk Tawaran Menunaikan Fardhu Haji (Terpilih)!
Syukur pada Allah kerana telah menjawab permintaan ku...terima kasih Allah kerana sudi menjemput hambaMu ini menjadi tetamuMu sekali lagi....
Tawaran ini...amat berbeza. Amat-amat berbeza. Biarpun pernah dua kali menunaikan umrah pada tahun 2005 dan 2006, tawaran kali ini amat berbeza! Bezanya, umrah kita yang memilih untuk ke sana...tetapi haji..kita dipilih...subhanallah...aku percaya aku insan terpilih...tak dapat aku bayangkan perasaan aku menjadi insan terpilih...Subhanallah...Maha Suci Allah...Terima Kasih Allah. Ya Allah jauhkan aku dari perasaan riak dan takabbur...amiin..

No comments:

Post a Comment