4hb December 2007....bermula sebuah perjalanan rohani....perjalanan bermula seawal jam 4.30 pagi....diiringi anak anak, abang dan kakak ipar ke lapangan terbang Kuantan...aku sentiasa bermohon agar perjalanan kami ini dipermudahkan Allah swt.
Selepas solat subuh di lapangan terbang Kuantan...selesai bacaan doa dan laungan azan dari muazzin tabung haji...rombongan kami berangkat meninggalkan Kuantan. Sebak...sedih dan penuh debaran.
Dari KLIA kami menaiki bas terus ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya. Rasa macam VVIP kerana bas kami di iringi kenderaan polis yang mengawal lalu lintas. Memang macam VVIP kerana kenderaan kami tak perlu berhenti walaupun lampu isyarat merah! Yelah...bak kata Ustaz yang mengiringi rombongan kami....kite semua kan tetamu Allah....tetamu luar biasa....tentulah perjalanannya juga luar biasa.....
Pesan ustaz...banyakkan zikrullah..takbir dan tahmid....labbaikallahumma labbaik....telah datang kepadaMu Tuhan, hambaMu datang menyerah...rabbi yassir wa la tu'assir rabbi atmim bil khair....semoga Allah mudahkan semua urusan....

No comments:
Post a Comment